Tuesday, 18 April 2017

TUHAU



Batang Tuhau
Tuhau merupakan salah satu makanan tradisi kaum kadazandusun di Negeri Bawah Bayu. Ia dikenali sebagai halia liar, berasal dari Ranau, Tambunan, Keningau dan di kawasan-kawasan pedalaman Sabah. Tunas pokok renek spesies Etlingera coccinea yang menyerupai halia digunakan untuk membuat tuhau, yang dipotong dadu kecil-kecil, dicampurkan dengan cili dan daun bawang yang dihiris halus-halus, dan diperam menggunakan garam dan cuka.
Tuhau ialah pembuka selera tempatan yang popular, dihidangkan dalam bentuk jeruk dan dimakan dengan nasi putih. Tuhau mudah didapati sepanjang tahun di pasar tamu atau di pasar sayur-sayuran sekitar Sabah, sama ada dalam bentuk jeruk, sambal, atau serunding. Malahan ada juga yang menjual batang Tuhau yang belum di buat jeruk lagi.

Tuhau juga kerap digunakan sebagai perencah dalam masakan-masakan tradisional Sabah dan tidak dimakan sebagai hidangan yang berasingan. Tuhau banyak digunakan dalam lauk ikan, dan orang Sabah suka menggorengnya bersama ikan masin, atau mencampurkannya ke dalam ikan Pinasakan. Pinasakan adalah suatu lagi jenis makanan peram tradisional kaum Kadazandusun yang dibuat dengan ikan basung yang ditumis dengan kunyit segar, garam dan takob akob, iaitu sejenis buah hutan yang masam.



Sambal Tuhau-Makanan Tradisional Sabah





3 comments: