![]() |
| Batang Tuhau |
Tuhau merupakan salah satu makanan tradisi kaum kadazandusun di Negeri Bawah Bayu. Ia dikenali sebagai halia liar, berasal dari Ranau, Tambunan, Keningau dan di kawasan-kawasan pedalaman Sabah. Tunas pokok renek spesies Etlingera coccinea
yang menyerupai halia digunakan untuk membuat tuhau, yang dipotong dadu
kecil-kecil, dicampurkan dengan cili dan daun bawang yang dihiris
halus-halus, dan diperam menggunakan garam dan cuka.
Tuhau ialah pembuka selera tempatan yang popular, dihidangkan dalam bentuk jeruk dan dimakan dengan nasi putih. Tuhau mudah didapati sepanjang tahun di pasar tamu atau di pasar sayur-sayuran sekitar Sabah, sama ada dalam bentuk jeruk, sambal, atau serunding. Malahan ada juga yang menjual batang Tuhau yang belum di buat jeruk lagi.
Tuhau juga kerap digunakan sebagai perencah dalam masakan-masakan tradisional Sabah dan tidak dimakan sebagai hidangan yang berasingan. Tuhau banyak digunakan dalam lauk ikan, dan orang Sabah suka menggorengnya bersama ikan masin, atau mencampurkannya ke dalam ikan Pinasakan. Pinasakan adalah suatu lagi jenis makanan peram tradisional kaum Kadazandusun yang dibuat dengan ikan basung yang ditumis dengan kunyit segar, garam dan takob akob, iaitu sejenis buah hutan yang masam.

| Sambal Tuhau-Makanan Tradisional Sabah |

Kegemaran ni. Tak sabar nak balik kampung, mau cari ni..
ReplyDeleteMacam sedap jer. Macam mahu mencuba ..
ReplyDeleteSwdap campur ikan masin
ReplyDelete