Tuesday, 18 April 2017

HINAVA

HINAVA CAMPUR DENGAN LADA... ASADAP BEI...

Hinava ialah makanan tradisi kaum Kadazan Dusun dan merupakan makanan yang terkenal dalam kaun Kadazan Dusun. Hinava menggunakan ikan mentah yang segar yang kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain. Biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri. Umumnya, ikan yang digunakan untuk membuat hinava tidak akan dimasak. Oleh itu, sebelum membuat hinava, ikan tersebut perlu dicuci dengan bersih. 
HINAVA IKAN... ASAM-ASAM NGA ASADAP KASARI BEI                                                     

AMBUYAT

Ambuyat
  Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia juga dikenali sebagai linut. ( sumber: wikipedia )
AMBUYAT SEDAP DIMAKAN MENGGUNAKAN CUPSTICK




 

Cara membuat ambuyat ialah daripada tepung sagu. Sesiapa yang mahu membuat ambuyat carilah sendiri di mana-mana pasar di sabah. Lagi sedap kalau makan beramai-ramai dengan kawan... Selamat mencuba kawan-kawan... Kita-kita juga bah ni... I Love Sabah..

TUHAU



Batang Tuhau
Tuhau merupakan salah satu makanan tradisi kaum kadazandusun di Negeri Bawah Bayu. Ia dikenali sebagai halia liar, berasal dari Ranau, Tambunan, Keningau dan di kawasan-kawasan pedalaman Sabah. Tunas pokok renek spesies Etlingera coccinea yang menyerupai halia digunakan untuk membuat tuhau, yang dipotong dadu kecil-kecil, dicampurkan dengan cili dan daun bawang yang dihiris halus-halus, dan diperam menggunakan garam dan cuka.
Tuhau ialah pembuka selera tempatan yang popular, dihidangkan dalam bentuk jeruk dan dimakan dengan nasi putih. Tuhau mudah didapati sepanjang tahun di pasar tamu atau di pasar sayur-sayuran sekitar Sabah, sama ada dalam bentuk jeruk, sambal, atau serunding. Malahan ada juga yang menjual batang Tuhau yang belum di buat jeruk lagi.

Tuhau juga kerap digunakan sebagai perencah dalam masakan-masakan tradisional Sabah dan tidak dimakan sebagai hidangan yang berasingan. Tuhau banyak digunakan dalam lauk ikan, dan orang Sabah suka menggorengnya bersama ikan masin, atau mencampurkannya ke dalam ikan Pinasakan. Pinasakan adalah suatu lagi jenis makanan peram tradisional kaum Kadazandusun yang dibuat dengan ikan basung yang ditumis dengan kunyit segar, garam dan takob akob, iaitu sejenis buah hutan yang masam.



Sambal Tuhau-Makanan Tradisional Sabah